ya Allah, sekiranya aku cinta dunia, rahmatilah aku agar lebih mencintai akhirat, sekiranya aku mencintai manusia, lebihkanlah cintaku kepadaMu ya Allah. sekiranya hatiku terpaut pada kenikmatan dunia, kuatkanlah pautan hatiku pada nikmat syurga. sekiranya aku jatuh hati, jatuhkanlah hatiku padaMu, sekiranya aku gila mengejar duniawi, tambahkanlah kegilaanku mengejar syurgaMu. aku insan lemah ya Allah, aku usaha dan Engkau yang memakbulkan. usah sesekali Kau biarkan aku terkapai sendirian, tempatkan aku dalam perhatianMu aku inginkan keberadaanMu dalam setiap langkahku. coba dan mencoba lagi. takkan pernah berhenti. kan ku kejar cintaMu. kan ku impikan rahmatMu.
in Quote